Assalammualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat
pengunjung blog.
Kesudian anda mengunjungi blog saya, ribuan terima
kasih saya ucapkan.
Nama saya Mohd Zamadi Bin Omar. Saya memerima pendidkan awal dan
pertengahan di Pulau Pinang dan meneruskan pengajian di Politeknik Muadzam
Syah. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t setelah memperolehi
pekerjaan tetap di Universiti Sains Malaysia (USM).
Saya telah memilih untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang
Penasihat Risiko dan Kewangan Islam secara partime apabila menyedari hakikat
kepentingan Pengurusan Kewangan dan Risiko. Betapa ramai daripada rakyat
Malaysia terutamanya Melayu yang gagal merancang kewangan mereka dan
amat sukar untuk mempunyai simpanan dan perlindungan kerana bagi mereka
di waktu sihat, perlindungan risiko dianggap sebagai satu pembaziran dan
tidak melihat kepentingannya sekiranya sesuatu yang terjadi kepada
kita.
Disamping mempunyai perniagaan berasaskan internet, saya cuba untuk
memaksimumkan penyaluran dan memperkembangkaan maklumat berkenaan
kebaikan perlindungan risiko dan perancangan kewangan ini melalui blog
dan juga facebook.
Harapan dan doa saya serta sokongan anda semua, agar perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.
InsyaAllah.