Wednesday, 13 May 2015

Bijak Wang

Bijak Wang : PERLINDUNGAN PENDAPATAN
Ia merupakan salah satu daripada 5 isu yang penting dalam kehidupan kita berkaitan kewangan. Ia bertujuan bagi memastikan pendapatan dapat dikekalkan ketika berlaku musibah.
Saya ingin membawa anda mendengar satu kisah yang berlaku sekitar 2 tahun lepas. Pada ketika itu salah seorang sahabat saya berpeluang membeli sebuah rumah teres di kota damansara dengan harga tidak sampai RM200,000. Dengan membeli rumah pada harga tersebut adalah sangat murah, kerana pada ketika itu harga sebuah rumah teres di Kota Damansara sepatutnya melebihi RM300,000. Tetapi sahabat saya dapat membelinya dengan harga tidak sampai RM200,000.
Setelah saya selidiki barulah saya tahu bahawa sahabat saya membeli rumah itu dengan seorang balu yang baru kematian suami. Balu tersebut tidak bekerja dan mempunya 5 orang anak. Balu tersebut memang bergantung sepenuhnya pendapatan suaminya ketika suami nya masih hidup.
Ketika suaminya masih hidup, suaminya tidak mempunyai sebarang insurance ataupun takaful melainkan ‘MRTA’ untuk rumah yang didudukinya. Setelah kematian suaminya, rumah yang masih di bawah pinjaman bank telah dilunaskan oleh pihak insurance melaluisi polisi MRTA yang beliau ambil.
Namun begitu kehidupan balu tersebut bersama 5 orang anaknya harus diteruskan. Dengan kehidupan yang tertekan disebabkan tiada pendapatan, maka balu tersebut bercadang menjualkan rumahnya pada harga RM300,000. Namun begitu rumah tiada siapa yang menghubungi beliau. Setelah 2 bulan berlalu, sahabat saya tadi berjumpa dengan balu tersebut. Namun sahabat saya hanya mampu membuat loan antara RM180,000 dan RM200,000 sahaja disebabkan pendapatan yang terhad. Disebabkan desakan hidup, balu tersebut terpaksa menerima juga tawaran tersebut.
Pada pandangan saya, sekiranya si suami sebelum kematiannya telah mengambil polisi takaful katakan bernilai RM100,000. Kemungkinan besar balu tersebut tidak perlu menjual rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa. Balu tersebut boleh menunggu untul menjual rumah dalam keaadaan yang sesuai. Menjual rumah dalam keadaan tergesa-gesa terbuka kepada orang yang cuba mengambil kesempatan. (kita panggil desperate seller).
Oleh itu adalah penting bagi kita untuk mengambil sekurang-kurangnya satu polisi peribadi untuk melindungi pendapatan kita sekiranya berlaku musibah kematian.
Ingin Perlindungan Pendapatan Boleh hubuingi saya …
Zamadi Omar
Penasihat Kewangan Takaful
0124888695

Wednesday, 8 April 2015

Dapatkan Quotation Percuma ...

Ramai yang nak Perlindungan Takaful tetapi mereka tertanya-tanya apa yang mereka akan dapat jika berlaku sesuatu musibah ?

Mari saya tunjukkan serba ringkas tentang perlindungan yang mereka dapat dalam bentuk pampasan kewangan ... 

Kepada yang berminat untuk dapatkan Quotation ini secara percuma boleh hubungi saya ...





Thursday, 10 April 2014

Orang Bijak

Musibah sentap duit


ORANG BIJAK AKAN GUNA KAD 

PERUBATAN BUKAN DUIT YANG DI 

SIMPAN.

Kenapalah orang kita masih nak gunakan duit simpanan setelah berpenat lelah mereka mencari dan mengumpulnya bertahun-tahun, tiba-tiba habis bayar bil perubatan hospital.

Sedangkan kita boleh berjimat dengan mendapatkan KAD PERUBATAN yang sudah dijamin oleh Bank Negara Malaysia dengan Jaminan bahawa anda LAYAK mendapat pembiayaan perubatanmelebihi RM2 juta seumur hidup.
Kad Perubatan Menjimatkan
Hanya dengan Simpan RM5  anda akan perolehi Kad Perubatan dari Takaful Great Eastern yang memberikan Pembiayaan Perubatan dari RM90,000 setahun sehingga RM900,000 Seumur Hidup.
Berapakah Yang Anda Kena Simpan SEHARI untuk dapatkan jumlah RM90,000 SETAHUN?
RM90,000 / 356 hari.
=> RM 252.80 SEHARI
Sebulan => RM 7584 Sebulan.
Berapakah Yang Anda Kena Simpan SEHARI untuk dapatkan jumlah RM900,000 seumur hidup?
Purata Jangka hayat manusia ialah 80 tahun
RM900,000 / 356 hari / 80 tahun
=> RM 31.6 SEHARI
Sebulan ==> RM 948 Sebulan
TETAPI dengan hanya SIMPAN RM5 sehari,  dah boleh dapatkan RM900,000 dalam bentuk jaminan pembiayaan perubatan seumur hidup. 
Ini adalah lebih murah jika anda cuba menyimpan RM31 sehari selama 80 tahun.
Boleh ke Boleh?
Faham ke faham?
Kad Perubatan Dengan RM5
Itu tak best lagi, yang bestnya anda dapat kenaikan 10% drp RM90,000 iaitu RM9,000 setiap 3 tahun.
Itu pon tak best lagi, ada lagi best, Anda dapat Car Assist Program For Free. Apa tu??
Khidmat baikpulih kenderaan rosak dan penundaan ke bengkel yang berdekatan dimana-mana sahaja di seluruh Malaysia secara percuma.
==========================================================================
Okey, mari kita ambil atau kaji situasi paling teruk @buruk(worst case scenario) boleh berlaku jikaanda tiada kad perubatan.
-barah-rawar-rm300000Anda telah di diagnos dan doktor mengesahkan anda mengidap kanser stage 3 dimana anda perlu membelanjakan sejumlah RM300,000.bagi merawat penyakit ini. Masalahnya sekarang…Ada ke duit simpanan sebanyak itu?
Kebanyakkan org jika berlaku situasi ini akan:-
1/- iklan mohon bantuan
2/- pinjam sanak saudara
3/- gadai/pajak rumah, barang kemas, tanah, kereta.jual-rumah-rawat-penyakit
4/- pinjam abg Long. (Ah Long)
5/- mencari rawatan alternative.
6/- putus asa dan terpaksa terima kenyataan (dah takdir kan).
500,000 man nak cari
buntu-kos-rawatan1hampir pengsan bil RM23kPesakit barah tulang rayu biaya
Tetapi jika anda ada duit simpanan sebanyak itu…Alhamdulillah..Anda akan tulis cek dan doktor pon melakukan rawatan baikpulih ke atas kanser  tersebut.
Setelah 3-5 tahun anda diisytiharkan bebas kanser dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Namun disebabkan kesan sampingan rawatan tersebut buah pinggang anda mengalami kerosakandan anda perlukan rawatan dialisis seumur hidup dan belanja perubatan mungkin melebihi RM50,000.
Ketika ini duit simpanan anda sudah kehabisan dan anda kembali mengikut seperti apa yang dibuat oleh kebanyakkan orang diatas.
Dengan adanya KAD PERUBATAN dengan hanya MENYIMPAN RM5 sehari :-
Berapa pon yang doktor perlukan utk rawat kanser RM300,000? Boleh jer..Kad perubatan akan tanggung.
Berapa bil rawatan dialisis RM50,000? Boleh jer..Kad perubatan masih boleh tanggung.
So, Apa nak buat dengan duit simpanan yang anda ada sebelum ini:-
GUNA UNTUK DAPATKAN KAD PERUBATAN.
GUNA UNTUK PERBELANJAAN KELUARGA pergi dan balik melawat dan menjaga anda.
GUNA UNTUK MELABUR.
GUNA UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK.
GUNA UNTUK PERGI MELANCONG.
GUNA UNTUK MENYUMBANG KEPADA YAYASAN BAGI MENOLONG ORANG SEPERTI ANDA.
GUNA UNTUK MENYUMBANG KEPADA MASJID, ANAK-ANAK YATIM DAN LAIN-LAIN.
=======================================================================
INGAT anda juga masih ada lagi duit SIMPANAN lain, iaitu RM5 SEHARI yang anda simpan bagi mendapatkan KAD PERUBATAN.
Katakanlah, Anda dah menyimpan selama 15 tahun
RM5 SEHARI X 30 HARI X 12 BULAN X 15 TAHUN ==>RM27000. WOW, banyak tu..
=======================================================================
Okeylah mungkin tak akan dapat sebanyak itu..mungkin dapat RM10,000 masih okey lagi..berbandingRM350,000 yang telah dibiayai oleh KAD PERUBATAN.
Memang JIMAT GILA, MEMANG Berbaloi GILA..SAPA NAK BAGI ??
Ini BARU sentuh, pasal bil hospital yang ditanggung oleh KAD PERUBATAN ..
Tak cerita lagi tentang DUIT PAMPASAN 36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL, DUIT PAMPASAN PENYAKIT PERINGKAT AWAL, DUIT PAMPASAN KEMALANGAN, ELAUN HARIAN HOSPITAL, ELAUN CUTI SAKIT (MC), kalau lumpuh dapat lagi DUIT PAMPASAN LUMPUH KEKAL dan PENGECUALIAN CUKAI dan banyak lagi.
Semua ini, dapat anda miliki, Dengan hanya SIMPAN RM5 SEHARI JER..NAK KE NAK-NAK??
=======================================================================
Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko. Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.
Bagi mengurus risiko, kami di Haibah Agensi menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan kekayaan anda..Anda hanya perlu menyimpan dan memperolehi polisi perlindungan tersebut supaya anda dan keluarga anda dapat perlindungan juga wang pelaburan atau kekayaan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda supaya hidup dan mati anda dalam keadaan aman dan tenteram(tidak terbelenggu dengan hutang).
Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat balik duit yang simpan tersebut sebagai wang simpanan hari tua.. pencen anda.
Bilakah anda perlukan Kad Perubatan?
Ketika anda masih sihat.
Bilakah Kad Perubatan tidak lagi dapat anda miliki?
Apabila anda sudah sakit atau ditimpa kecelakaan. Sudah terlambat.
Adakah anda ingin kami bantu sebelum terlewat?
Sila SMS/ whatsupp ( I Nak ) ke 0124888695
Kami akan menghubungi anda untuk membuat temujanji.

Monday, 18 November 2013

i-Great Amal (Haji dan Umrah)


i-Great Amal (Haji dan Umrah)


MANFAAT BERGANDA KETIKA MENGERJAKAN HAJI ATAU `UMRAH

  • Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal sewaktu mengerjalan haji atau `umrah, jumlah perlindungan asas akan dibayar sebanyak dua (2) kali ganda kepada anda (atau waris).
KHAIRAT KEMATIAN
  • Khairat kematian sebanyak RM2000
WANG TUNAI KETIKA MENGERJAKAN HAJI/`UMRAH
  • RM800 akan diberi untuk perbelanjaan anda mengerjakan haji (1x) dan `Umrah (1x) sepanjang tempoh sijil.
  • Jika tiada sebarang tuntutan sepanjang tempoh sijil, RM2000 akan diberikan kepada anda setelah tamat tempoh sijil.
BADAL HAJI
  • Jika ditaqdirkan anda mengalami hilang upaya kekal, atau berlaku kematian, Great Eastern Takaful akan melantik pihak yang bertauliah untuk mengerjakan haji bagi pihak anda.
QURBAN
  • Selepas tahun ke-10, Great Eastern Takaful akan melakukan Qurban bagi pihak anda.
  • ATAU, RM500 tunai untuk anda mengerjakan `ibadah Qurban.
Lain-lain
  • Kesemua sumbangan bulanan akan anda terima kembali setelah tempoh matang.
  • Nikmati pelepasan cukai.
.
KESEMUA INI BERMULA HANYA DARI RM50 SEBULAN. *

Wednesday, 11 September 2013

Kata Aluan

Assalammualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat pengunjung blog. 

Kesudian anda mengunjungi blog saya, ribuan terima kasih saya ucapkan.

Nama saya Mohd Zamadi Bin Omar. Saya memerima pendidkan awal dan pertengahan di Pulau Pinang dan meneruskan pengajian di Politeknik Muadzam Syah. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t setelah memperolehi pekerjaan tetap di Universiti Sains Malaysia (USM).

Saya telah memilih untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang Penasihat Risiko dan Kewangan Islam secara partime apabila menyedari hakikat kepentingan Pengurusan Kewangan dan Risiko. Betapa ramai daripada rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang gagal merancang kewangan mereka dan amat sukar untuk mempunyai simpanan dan perlindungan kerana bagi mereka di waktu sihat, perlindungan risiko dianggap sebagai satu pembaziran dan tidak melihat kepentingannya sekiranya sesuatu yang terjadi kepada kita.

Disamping mempunyai perniagaan berasaskan internet, saya cuba untuk memaksimumkan penyaluran dan memperkembangkaan maklumat berkenaan kebaikan perlindungan risiko dan perancangan kewangan ini melalui blog dan juga facebook.

Harapan dan doa saya serta sokongan anda semua, agar perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.
InsyaAllah.